SELAMAT DATANG
Malaysia sinonim dengan makanan sate berkuah kacang. Pelbagai jenis sate seperti sate ayam, lembu, kambing, arnab dan lain-lain amat mudah didapati restoran, pasar malam mahupun gerai. Tetapi pernahkah anda merasa SATE KEBAB? Dengar pun tidak, apatah lagi merasa Sate Kebab kan!
Kini anda tidak perlu risau lagi, kami di As Siddiq Food memasarkan produk Sate Kebab di Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak.
Sate Kebab ialah produk kebab berlidi yang PERTAMA seumpamnya dengan 3 rasa berlainan. Rasanya yang lazat datang daripada bahan-bahan dan rempah-ratus yang berkualiti tinggi yang diadun dan dibungkus dalam kondisi bersih dan suci. Dikilangkan oleh syarikat bumiputera serta mendapat pensijilan HALAL daripada JAKIM, Sate Kebab merupakan makanan yang enak dimakan bila-bila masa dan di mana jua!
|